PROMOSI, PROMOSI, PROMOSI…
Apa kepentingan promosi kepada sesebuah perniagaan?
Tentu sekali promosi penting untuk memberitahu pelanggan produk yang anda jual dan kebaikan produk anda. Tanpa promosi, pelanggan tidak akan tahu kewujudan perniagaan / website anda.
Tanpa pelanggan, perniagaan anda akan terhenti di situ sahaja. Kerana itu syarikat-syarikat besar sanggup mengeluarkan jutaan ringgit semata-mata untuk melakukan promosi sahaja.
Anda pula bagaimana? Nak keluarkan berjuta-juta ringgit semata-mata untuk melakukan promosi tentu anda tidak mampu kan . Promosi percuma di laman iklan online pula tentu sahaja membuang masa jika tiada yang melihat iklan anda. Jadi bagaimana untuk mempromosikan website prepaid4U anda?
Anda boleh cuba langkah – langkah di bawah jika anda rasa sesuai. Ini cara yang saya gunakan untuk mempromosikan smart2topup.blogspot.com
Langkah 1 (Mencari Laman Iklan Online)
Untuk melakukan promosi, anda perlu mencari laman iklan yang sering dikunjungi pelawat. Selalunya laman iklan yang berada di laman pertama carian google adalah lebih baik. Contoh :-
Langkah 2 (Meletakkan Iklan Percuma)
Laman iklan yang sesuai ialah laman yang membolehkan anda meletakkan pautan blog / web anda pada ruang iklan. Ini akan memudahkan pelawat untuk terus ke laman blog / web anda apabila mereka klik pada pautan tersebut. Cuba fikirkan tajuk yang akan membuatkan pelawat ingin klik iklan anda.
Langkah 3 (Sewa Ruang Iklan)
Langkah penting yang ramai tak mampu lakukan. Cari laman iklan yang menawarkan ruang iklan yang murah, contoh RM10 untuk sebulan. Letak iklan anda pada ruang iklan berbayar supaya iklan anda kerap dilihat pelawat. Lebih kerap iklan anda dilihat pelawat, lebih besar peluang laman blog / web anda akan dilawati. Jika ada yang berminat, mereka akan mendaftar sebagai ahli percuma dalam kumpulan anda.
Oleh itu, adalah penting untuk anda meletakkan tajuk iklan yang menarik minat pelawat untuk klik iklan anda. Jika dalam sebulan anda menerima 1000 klik, bermakna kos pengiklanan untuk 1 klik adalah RM0.01 sahaja. Berbaloi bukan.
Langkah 4. (Mendapatkan Pulangan)
Setiap kos pengiklanan yang dilakukan, pasti anda mahu melihatkan hasilnya, kan . Andaikan anda telah meletakkan iklan berbayar di 2 laman iklan. Setiap satu bernilai RM20 selama 2 bulan. Bermakna kos pengiklanan anda ialah RM40 (perlu dapatkan 4000 klik untuk kos RM0.01 / klik).
Anda juga telah keluarkan RM60 untuk mendapatkan sistem gateway Prepaid4U. Kos pengiklanan pula ialah RM40. Jadi anda perlu dapatkan kembali RM100 modal yang anda telah keluarkan.
Dari 4000 klik yang terhasil, pasti kebanyakannya akan berkunjung pula ke laman blog / web anda. Jika anda ingin pulang modal dan untung sekaligus, anda perlu pastikan anda mendapat 10 orang ahli VIP mendaftar dalam kumpulan anda dengan kos RM40 ini.
Pengiraan : 10 ahli VIP X RM15(bonus tajaan) = RM150 (untung RM50)
Modal yang anda telah dapat kembali, anda boleh menambah iklan di laman iklan yang lain pula. Lebih banyak pelawat ke laman web anda, lebih banyak keuntungan yang akan anda terima.
Langkah 5 (Dapatkan Pengunjung 1 Malaysia )
Laman iklan percuma adalah terhad kepada pengunjung yang datang ke laman itu sahaja. Jadi, bagaimana nak dapatkan pengunjung dari seluruh Malaysia ?
Google Adwords adalah jawapannya. Namun kos pengiklanannya adalah lebih mahal. Dengan menggunakan perkhidmatan google adwords, iklan anda akan dapat dilihat di semua laman blog / web yang meletakkan google adsense pada laman mereka. Iklan anda juga dapat dilihat di laman pertama carian Google mengikut kata kunci yang telah anda tetapkan.
Jika anda telah dapat untung dari langkah 4, boleh la cuba langkah 5 pula untuk dapat lebih banyak pelawat ke blog / web anda.